IMG 7951

SULTAN Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, mangkat hari ini pada usia 89 tahun selepas memerintah Kedah selama 59 tahun.

Sultan berjiwa rakyat ini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 petang, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Almarhum baginda begitu disenangi oleh semua, kerana cukup dikenali dengan perwatakan baik, pertuturan lembut dan merendah diri yang menjadikan baginda kesayangan rakyat Kedah.

Almarhum baginda yang kembali menaungi negeri setelah bersemayam di takhta pemerintahan negara selama lima tahun pada 12 Dis 2016, melakar sejarah tersendiri apabila ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ketua Negara Malaysia, sebanyak dua kali.

 Pelantikan pertama ialah sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun hingga 20 September 1975. Tiga puluh enam tahun kemudian, Almarhum baginda dilantik pula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 mulai 13 Disember 2011 hingga 12 Disember 2016.

Pemilihan Almarhum Sultan Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dianggap istimewa kerana kitaran masa bagi seseorang Raja naik takhta sebagai Ketua Negara melalui sistem penggiliran Majlis Raja-Raja yang unik di dunia, mengambil masa panjang.

Diputerakan pada 28 November 1927, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Almarhum baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titian Gajah sebelum menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

 

Almarhum baginda melanjutkan pengajian di Wadham College, Oxford, London pada 1952 dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam sebelum kembali ke tanah air setelah menamatkan pengajian pada 1955.

Almarhum Sultan Abdul Halim dilantik sebagai Raja Muda Kedah sewaktu di United Kingdom pada 6 Ogos 1949 dan menaiki takhta pada 14 Julai 1958 berikutan kemangkatan ayahanda Almarhum baginda, Almarhum Sultan Badlishah dan ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah pada 20 Feb 1959.

Almarhum baginda berkahwin dengan Almarhum Tuanku Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan kemudian menikahi Sultanah Haminah Hamidun.

Perkahwinan Almarhum baginda dengan Tuanku Bahiyah dikurniakan tiga puteri, Tengku Soraya (1961) Almarhum Tengku Sarina (diputerikan pada 1961 dan mangkat pada 1991) dan Tengku Intan Safinaz (1967).

Berikutan kemangkatan Tuanku Bahiyah pada 27 Ogos 2003, Sultanah Haminah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada 9 Jan 2004.

Almarhum Sultan Abdul Halim yang merupakan pencinta alam semula jadi, mempunyai sebuah zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis burung dan binatang, termasuk kuda, kijang, landak, anak buaya tembaga, monyet dan arnab.

Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan pemerintahan, Almarhum baginda masih ada masa untuk aktif dalam sukan kegemarannya – golf, selain turut meminati sukan bola sepak dan memberi perhatian serius terhadap perkembangan pasukan negeri Kedah dan pasukan negara.

Kemangkatan Sultan Abdul Halim pastinya amat dirasai dan jasa Almarhum baginda selama memayungi negeri Kedah tetap dikenang dan disanjung tinggi oleh seluruh lapisan rakyat jelata.

Hebahan Pengakap Malaysia

Suapan tidak dijumpai

Info Pelawat

Kami mempunyai 16 pengunjung dan tiada ahli dalam talian

jotajoti2017

Di bawah adalah senarai stesen yang akan dibuka sempena JOTA JOTI 2017 bagi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah.
Tarikh : 20-22 Okt 2017

Senarai adalah seperti berikut:-

1. DAERAH KULIM
Cadangan Stesen Callsign : 9M4SJKK
Tempat : SK Sungai Ular
Stesen Master : Zainal Abidin bin Ghazali
Callsign : 9M2NAL
Stesen Manager : Ismail bin Othman
Callsign : 9W2EIK

2. DAERAH KUALA MUDA
Cadangan Stesen Callsign : 9M4SJKM
Tempat : SMK Amanjaya, Sg. Lalang, Kedah
Stesen Master : Nazlee binti Abu Bakar
Callsign : 9M2ELY
Stesen Manager : Amizan bin Ahmad
Callsign : 9W2XAN

3. DAERAH POKOK SENA
Cadangan Stesen Callsign : 9M4SJKP
Tempat : SMK Pokok Sena,Kedah
Stesen Master : Mohd Rashdan bin Hashim
Callsign : 9M2DAN
No. Tel : 012-4198977
Stesen Manager : Mohd Zahir bin Mustaffa
Callsign : 9W2ZPS

4. DAERAH YAN
Cadangan Stesen Callsign : 9M4SJKY
Tempat : Pusat Kokurikulum Kuala Muda/Yan
Stesen Master : Mazwan bin Abdul Mannan
Callsign : 9M2ZN
No. Tel : 011-10895774
Stesen Manager : Mohamad Syahid bin Syokri
Callsign : 9W2MXS

5. PPM KEDAH
Callsign : 9M4SJK
Tempat : Kem Tajar ALOR SETAR
Stesen Master: MARZUKI SAAD
Callsign : 9M2MZ
Stesen manager : ROSLAN MANSOR
Callsign : 9W2CRM

 

Statistik Pelawat

430677
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Jumlah
1214
1214
21401
430677

IP Pelawat: 164.132.161.66
17-12-2017 21:20

streamer

PPM Kedah

Persekutuan Pengakap Malaysia
Negeri Kedah Darul Aman
Lot 147, Lorong Sepat 5. Taman Wira Mergong
Jalan Sultanah Sambungan
05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman

Tel :    04-732 4926
Faks: 04-732 4926

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com