PENGAKAP KANAK-KANAK

Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform (berpakaian seragam) yang giat aktif di negara ini. Pengakap Kanak-kanak disertai oleh ahli-ahli yang berumur antara lapan tahun hingga dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah) Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerak kerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR, Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini. Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.

 

MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK

  • Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohanidan jasmani mereka;
  • Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;
  • Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan caramemberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;
  • Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalambidang-bidang tertentu;
  • Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan merekaselaras dengan hasrat Rukunegara;
  • Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah disamping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan
  • Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangankepada sekolah dan masyarakat